KAJIAN TERHADAP TAHAP KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG

                                                           Faizatusssai'dah Mean

                                                               Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor, Malaysia.            

                         

                                                          Quistina Suriani Mazlan

                                                                Kolej Komuniti Pasir Gudang, Johor, Malaysia


                                                                 Emel pengarang koresponden: faizatussai'dah@kkpg.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu pemerhatian terhadap tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana tahap kecenderungan pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dengan mengambil kira beberapa aspek penting yang saling berkaitan. Seramai 140 orang pelajar telah diambil menjadi sampel dalam tinjuan ini daripada populasi seramai 217 orang pelajar KKPG yang sedia ada. Sampel pelajar ini terdiri daripada mereka yang sedang mengikuti program Sijil Teknologi Maklumat (STM), Sijil Terapi Kecantikan dan Spa (STK), Sijil Dandanan Rambut (SDR), Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) dan Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP). Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai maklumat diri responden manakala bahagian kedua pula terdiri daripada tiga aspek utama kajian iaitu faktor motivasi, ciri-ciri usahawan dalam diri dan yang terakhir faktor minat pelajar. Berpandukan maklum balas yang diberi, ia telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian seterusnya membentuk statistik mencari peratusan dan nilai min untuk setiap elemen yang dinilai. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap kecenderungan pelajar-pelajar KKPG untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan adalah pada tahap sederhana. Turut diketengahkan juga ialah cadangan pengkaji tentang cara-cara membangunkan kemahiran keusahawanan di kalangan pelajar.

Kata Kunci: keusahawanan, kerjaya, pelajar kolej komuniti