E-PELAPORAN PSH : PERSEPSI KEBERKESANAN PENGGUNAAN GOOGLE WORKSPACE SEBAGAI KAEDAH PELAPORAN PELAKSANAAN KURSUS PENDEK

                                               Mohamed Azreen Zaini

                                                      Kolej Komuniti Bagan Datuk, Malaysia


                                                 Marziah Che Mansor

                                                      Kolej Komuniti Bagan Datuk , Malaysia


                                                     Mohd Rashidi Omar 

                                                            Kolej Komuniti Chenderoh, Malaysia


                                                               Emel pengarang koresponden: azreen@kkbgd.edu.my

ABSTRAK

Seiring dengan kemajuan teknologi berlandaskan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), kerajaan telah memperkenalkan Dasar 4IR Negara iaitu dasar negara yang memfokuskan penggunaan teknologi 4IR dalam usaha untuk mengubah landskap pembangunan sosioekonomi negara. Perkembangan teknologi 4IR seperti penggunaan pengkomputeran awam yang meluas dilihat mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat diaplikasikan dalam pelaporan pelaksanaan kursus pendek dari segi ketersediaan data yang lebih komprehensif dan bersepadu. Justeru itu , dalam usaha untuk memastikan pelaporan pelaksanaan kursus pendek dapat mencapai ketersediaan data pada tahap yang optimum dan fleksibel, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Bagan Datuk telah memperkenalkan E-Pelaporan PSH iaitu satu kaedah pelaporan kursus pendek yang berterasakan pengkomputeran awan menggunakan aplikasi dari Google Workspace iaitu Google Sites, Google Drive dan Google Docs. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengetahui persepsi keberkesanan penggunaan Google Workspace sebagai kaedah pelaporan pelaksanaan kursus pendek. Kajian dilakukan dengan menggunakan rekabentuk penerokaan berurutan (Exploratory Sequential Design) di mana kajian kualitatif dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan kajian kuantitatif. Bagi kajian kualitatif , kaedah temubual digunakan manakala bagi kajian kuantitatif dilaksanakan menggunakan soal selidik yang dibuat dalam google form bagi memudahkan pengedaran dan pengisian terhadap 32 orang responden. Data diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 25 untuk mendapatkan perbezaan nilai min antara jantina bagi tiga objektif kajian. Ujian -t digunakan untuk mendapatkan data tersebut. Dapatan analisis temubual dan soal selidik menunjukan daripada segi aspek mudah guna, beri manfaat dan kemahiran, penggunaan Google Workspace dalam kalangan pensyarah tanpa mengira jantina adalah berkesan sebagai kaedah pelaporan pelaksanaan kursus pendek.

Kata Kunci: keberkesanan, pengurusan psh, kursus pendek, 4IR