GARIS PANDUAN PEMBENTANGAN SPSH 2023
Peserta perlu menyediakan video pembentangan sendiri mengikut kreativiti dan dihantar sebelum 17 Julai 2023. Video pembentangan tersebut akan dimuatnaik di youtube kkpstv dan juga akan disiarkan sewaktu sesi telesidang SPSH 2023 sedang berlangsung mengikut kluster. Tempoh masa pembentangan bagi satu kertas penyelidikan adalah selama 4 sehingga 8 minit dan 5 sehingga 10 minit bagi sesi soal jawab.
Sesi pembentangan akan dijalankan secara atas talian menerusi aplikasi WEBEX. Oleh itu, semua pembentang atas talian diminta mempunyai aplikasi WEBEX di komputer masing-masing dengan menggunakan nama penuh.
Pautan sesi dalam talian boleh dicapai menerusi jadual di dalam kumpulan telegram mengkut kluster masing-masing.
Bagi melancarkan proses pembentangan, slaid powerpoint tambahan boleh digunakan sewaktu sesi soal jawab bersama panel sekiranya perlu.
Loceng peringatan akan dibunyikan pada minit ke-8 dan minit ke-10.
Semua peserta perlu menyertai sepenuhnya sepanjang sesi persidangan yang berlangsung pada 2 Ogos 2023 mengikut kluster.
Hanya seorang pembentang sahaja yang akan membuat pembentangan bagi setiap kertas penyelidikan.
Bagi memastikan kelancaran pembentangan, pembentang disarankan untuk sentiasa bersedia di dalam slot sesi selari lebih awal sebelum sesi pembentangan bermula