SISTEM PENGURUSAN WEB PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KOLEJ KOMUNITI KUCHING

                                            Nuraini Mahmud

       Kolej Komuniti Kuching, Sarawak


 Ts. Foong Ching Liew                                                    

     Kolej Komuniti Kuching, Sarawak


                                               Mervin Gumba Sigai  

                                                    Kolej Komuniti Kuching, Sarawak

      

                                                            Emel pengarang koresponden: nuraini@kkkg.edu.my

ABSTRAK

Situasi Pandemik COVID-19 telah mengubah konsep pengurusan dan pengajaran serta pembelajaran (PdP) di semua lnstitusi Pendidikan Tinggi Negara secara menyeluruh. Projek inovasi, One Stop Centre PSH KKKG dibangunkan bagi keperluan dan pemudahcara kepada pensyarah serta penyelaras Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam sistem pengurusan kursus pendek dan Latihan Khas Akaun Amanah Kolej Komuniti. Penularan Pandemik COVID-19 telah mengubah ekosistem pengurusan kursus pendek secara fizikal kepada pengurusan secara maya terutamanya di kalangan pensyarah dan penyelaras PSH. Limitasi keberadaan pegawai di pejabat merupakan salah satu cabaran yang besar bagi pengurusan yang melibatkan dokumen fizikal. Maka, satu inovasi One-Stop Centre PSH KKKG diwujudkan bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan yang lebih efektif dan berfungsi sebagai pemudahcara sistem pengurusan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti. lnovasi ini telah memberi impak yang positifkepada semua pensyarah dan penyelaras Unit PSH. One-Stop Centre PSH KKKG merupakan satu medium aplikasi web interaktif yang boleh dilayari secara langsung bagi kolaborasi, perkongsian maklumat secara atas talian dan boleh diakses di mana-mana sahaja dengan mengunakan telefon pintar, komputer riba dan lain-lain peranti yang boleh dihubungkan dengan laman sesawang. Projek inovasi ini adalah pemudahcara pengurusan Unit PSH dari segi penjimatan kos, masa dan tenaga kerja.


Kata Kunci: Aplikasi Web, lnovasi, Pengurusan PSH, pemudahcara.