PENERAPAN KEMAHIRAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM PEMBELAJARAN TVET DI ILJTM

                                          Eza Binti Monzaid

                                           ILP Pasir Gudang, Malaysia


                                             Azman Hasan

                                                      Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia


                                                            Emel pengarang koresponden: ezamonzaid78@gmail.com.my

ABSTRAK

Objektif kajian ini adalah untuk mengukur penerapan kemahiran teknologi hijau oleh pengajar dalam kalangan pelajar di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Teknologi hijau merupakan antara teknologi baharu yang sedang giat dibangunkan oleh pelbagai pihak. Penggunaan teknologi hijau merupakan salah satu alternatif untuk menangani isu alam sekitar yang sering dikaitkan masalah pencemaran alam sekitar, perubahan iklim global serta kekurangan sumber semulajadi dunia yang sedang mengancam kehidupan individu dan masyarakat dunia. Penerapan kemahiran teknologi hijau dalam kalangan pelajar ILJTM merupakan inisiatif bagi membantu negara merealisasikan pertumbuhan dalam industri teknologi hijau untuk meningkatkan sumbangan terhadap ekonomi negara. Penekanan di pembelajaran bagi teknologi hijau dapat memberi pendedahan kepada pelajar supaya menguasai teknologi baharu tersebut di samping menyediakan graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi dalam pasaran kerja. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif kuantitatif ini menggunakan instrumen set borang soal selidik serta dianalisis dengan menggunakan pendekatan Model Rash. Impak kajian ini dijangka dapat membantu institusi TVET khususnya ILJTM dalam memberi penekanan penerapan kemahiran teknologi hijau di dalam struktur kurikulum pelajar.

Kata Kunci:  teknologi hijau, alam sekitar, teknologi baharu, pelajar ILJTM