KAJIAN MAKLUMBALAS PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM MENGENAI KEMUDAHAN RUMAH SEWA
Noraznin Omar
Kolej Komuniti Sabak Bernam, Malaysia
Emel pengarang koresponden: noraznin@staf.kksbs.edu.my
ABSTRAK
Kolej Komuniti Sabak Bernam Emel pengarang koresponden: noraznin@staf.kksbs.edu.my ABSTRAK - Penginapan pelajar yang dilengkapi dengan infrastuktur yang memuaskan akan mempengaruhi kesejahteraan seseorang pelajar serta sebahagian besar daripada perbelanjaan pelajar dilaburkan kepada tempat penginapan. Kajian ini dibuat lebih kepada keprihatinan pengkaji terhadap permasaalahan yang dihadapi oleh pelajar- pelajar yang menginap di rumah-rumah sewa sepanjang melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Untuk tujuan itu, kajian ini dibuat bagi melihat tahap kemudahan asas yang disediakan di rumah sewa bagi mengenalpasti masalah yang berlaku. Dalam kajian ini, seramai 117 orang pelajar yang menginap di rumah sewa bagi Semester II 2022/2023 telah dipilih untuk dijadikan responden kajian. Data kemudiannnya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package of Social Science 26. Hasil dari analisis data yang telah dibuat didapati konstruk yang diuji menunjukkan nilai min yang sederhana. Ini menggambarkan kemudahan asas yang disediakan di rumah sewa adalah pada tahap sederhana dan masalah yang paling dominan adalah keperluan asas di dapur di mana ianya menunjukkan nilai min yang paling rendah berbanding kemudahan yang lain. Implikasi kajian ini penting kepada semua pihak berkepentingan seperti pihak Pengurusan Kolej Komuniti Sabak Bernam, pemilik rumah sewa, ibubapa dan pelajar.
Kata Kunci: Masalah; Rumah Sewa; Pelajar.