KAJIAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBERI KESAN KEPADA KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP PELAJAR YANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI BERDASARKAN KEPADA PROGRAM PENGAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

                                                   Nadhirah Albadri

                                                       Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia


                                                     Nurul Hidayah Ahmad Alemi

                                                         Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia


                                                      Yunisra Yusof

                                                     Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia


                                                               Emel pengarang koresponden: nadhirah@kkmt.edu.my

ABSTRAK

Tahap kompetensi pelajar melaksanakan tugas semasa menjalani LI merupakan elemen yang penting bagi menentukan pencapaian kebolehpasaran graduan. Objektif kajian adalah untuk menentukan faktor-faktor yang memberi kesan kepada kepuasan majikan terhadap pelajar yang menjalani Latihan Industri berdasarkan kepada program pengajian di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT).Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti tahap kepuasan majikan terhadap pelajar LI berdasarkan kepada Program Pengajian di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Soal selidik yang diadoptasi dari borang maklum balas industri: Soal Selidik Kajian Keberkesanan Latihan Industri Program Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (JPPKK, 2022) digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Tahap kemahiran praktikal, pengetahuan, dan kemahiran insaniah diberi fokus dalam borang soal selidik ini. Sebanyak 66 majikan yang menerima pelajar LI KKMT pada Sesi II 2022/2023 dijadikan sebagai sampel kajian dan untuk menjawab persoalan ini, SPSS 23.0 telah digunakan untuk melaksanakan analisis Inferensi (Regressi Pelbagai). Ujian Statistik Collinearity bagi pembolehubah tidak bersandar data kajian ini menunjukkan tidak wujud multikolineariti kerana nilai t bagi setiap pembolehubah tidak bersandar melebihi 0.1 dan nilai VIF adalah kurang dari 10. Justeru, data kajian ini mempunyai taburan yang normal. Bagi mengenalpasti tahap kepuasan majikan berdasarkan program pengajian, penyelidik menggunakan compare mean pembolehubah kepuasan majikan. Hasil analisis deskriptif bagi tahap kepuasan majikan dengan skor min keseluruhan iaitu 4.30 (SP = 0.548). Ini menunjukkan persepsi yang positif bagi kepuasan majikan terhadap pelajar LI KKMT.

Kata Kunci: Kepuasan Majikan, Latihan Industri dan Kolej Komuniti