KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN E-ATTENDANCE EVENT TRACKER USING GLOBAL POSITIONING SYSTEM (EAET-GPS) DALAM PENGURUSAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK

                                          Nor Hafizah Md Desa 

                                             Unit Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Pasir Salak. 


                                          Ts. Salmiah Shahlan

                                              Unit Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Pasir Salak.


                                                            Emel pengarang koresponden: nhafizah@kkpsa.edu.my: salmiah@kkpsa.edu.my

ABSTRAK

Pada masa kini, telefon pintar memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. la telah menjadikan kehidupan setiap orang mudah dengan adanya aplikasi sosial, komersial, pendidikan, pemasaran dan lain-lain. Selaras dengan keperluan semasa yang bergantungan dengan arus teknologi maklumat, wujudnya sistem kehadiran fasa pertama iaitu e-Attendance Event Tracker Using Global Positioning System (eAET-GPS) telah dibangunkan bagi kegunaan Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS). Kajian pembangunan sistem ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang tersedia di dalam sistem. Dapatan awal kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna menyedari kepentingan sistem eAET-GPS dalam pengurusan pelajar. Tujuan utama pembangunan adalah untuk menangani beberapa masalah serta proses merekod kehadiran pelajar KKPS secara amnya dari semasa ke semasa. Dengan adanya rekod kehadiran yang berpusat, ianya juga dapat menyimpan semua senarai kehadiran dalam masa yang sama dapat meningkatkan kecekapan organisasi dalam mencapai sesuatu maklumat kehadiran mengikut program yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di Kolej Komuniti Pasir Salak dengan lebih efektif, teratur, cepat dan selamat. Sistem ini dapat menganalisa peratusan kehadiran mengikut program dan menghasilkan laporan sebagai rujukan mana-mana pihak yang berkeperluan secara amnya serta pengarah program secara khasnya. Medodologi yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan adalah dengan menggunakan Model Johnson (2002) dimana ianya lebih fleksibel kerana perbincangan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal boleh dilakukan sama ada sebelum atau selepas penyelidikan dijalankan. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif melalui instrumen kajian yang diperoleh daripada borang kaji selidik yang terdapat di dalam eAET-GPS. Hasil dapatan mendapati secara keseluruhannya menyokong penggunaan eAET-GPS di dalam pengurusan pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak. Perisian yang digunakan untuk membangunakan sistem ini adalah PHP (Hypertext Processor), Notepad++, PHPMy Adm in dan MySQL. Metodologi yang diaplikasikan sepanjang sistem fasa pertama bagi eAET-GPS dibangunkan adalah dengan menggunakan model air terjun atau dikenali sebagai metodologi Jujukan Linear.

Kata Kunci: Sistem kehadiran; e-Attendance; Global Positioning System; OPS.