AMALAN KONSEP WAKALAH PENGURUSAN ZAKAT DI POLITEKNIK MALAYSIA

                                                       Ammar Badruddin Romli

                                                                 Jabatan Matematik & Pengajian Umum, Politeknik Bagan Datuk.

                                                              

                                                      Mohd Noor Daud

                                                                 Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

                                                         

                                                               Emel pengarang koresponden: ammar@pbd.edu.my

ABSTRAK

Konsep wakalah telah memberi peluang kepada politeknik untuk menjalankan kutipan dan agihan zakat berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh institusi zakat. Kertas konsep ini bertujuan untuk mendedahkan amalan konsep wakalah pengurusan zakat di politeknik Malaysia ke arah melestarikan institusi kondusif yang selari dengan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia 2018-2025. Amalan konsepn wakalah pengurusan zakat telah memudahkan kakitangan muslim untuk menunaikan zakat tanpa perlu berurusan secara langsung dengan institusi zakat. Pengembalian 50% daripada hasil kutipan zakat telah memberi manfaat kepada semua asnaf miskin, gharimin dan fisabillah di politeknik berkenaan. Selain meningkatkan taraf hidup asnaf, amalan ini turut memberi kesan positif terhadap kecemerlangan akademik pelajar serta mengukuhkan jati diri mereka melalui skim-skim agihan yang telah diperkenalkan. Amalan konsep wakalah pengurusan zakat ini sewajarnya diperluaskan ke semua politeknik dan kolej komuniti bagi memastikan manfaatnya dapat kecapi oleh semua asnaf di institusi-institusi berkenaan.

Kata Kunci: wakalah; kutipan; agihan; zakat; politeknik