BUDAYA MEMBACA MENGGUNAKAN GAJET SECARA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU

                                                       Siti Nazura Senan

                                                              Kolej Komuniti Segamat, Johor

                                                         

                                                               Emel pengarang koresponden: sitinazura@kkseg.edu.my

ABSTRAK

Teknologi moden sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Sejak kebelakangan ini, penggunaan gajet seperti telefon pintar dalam pendidikan menjadi perkara biasa. Penggunaan telefon pintar telah membantu dalam melakukan perkara-perkara biasa menjadi lebih cekap dan berulang. melanda dunia telah membuatkan aktiviti masyarakat berubah kepada penggunaan gajet secara atas talian dengan meluas. Kelebihan gajet telah digunakan sepenuhnya di dalam pembelajaran dan pengajaran. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti masa penggunaan gajet bagi tujuan pembacaan bahan-bahan di dalam talian dalam kalangan pelajar di Politeknik Kota Kinabalu Sabah terutama ketika pandemik Covid 19 melanda Malaysia. Seramai 145 responden telah dipilih secara rawak. Untuk mendapatkan data, kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan menggunakan borang google form. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS v.22. Hasil kajian mendapati pelajar memperuntukan lebih 5 jam sehari bagi pembacaan Internet, berita hiburan dan buku komik secara dalam talian. Pelajar lebih cenderung menggunakan telefon pintar untuk bacaan bukan pembelajaran. Implikasi kajian ini dapat membantu pihak institusi untuk terus memberi kesedaran dan nasihat kepada pelajar kesan positif sekiranya menggunakan gajet bagi tujuan pembacaan yang membantu pembelajaran.

Kata Kunci: budaya membaca, gajet, telefon pintar, Politeknik